Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Twitter sudah huraikan isu akses setelah terima aduan

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter sudah huraikan isu akses setelah terima aduan

(Gambar: Olivier Douliery/AFP)

REUTERS: Twitter pada Selasa (9 Ogos) mengumumkan bahawa ia sudah menghuraikan beberapa isu setelah ribuan pengguna membuat aduan bahawa mereka mengalami masalah untuk mengakses platform tersebut. 

Lebih 27,000 pengguna melaporkan gangguan khidmat tersebut, menurut Downdetector.com, laman yang mengesan gangguan dengan menghimpukan laporan status daripada beberapa sumber termasuk gangguan yang dilaporkan oleh para pengguna di platformnya. 

Gangguan bermula pada pukul 1.50 petang dan menerima sebanyak 35,000 aduan semasa di kemuncaknya. 

"Kami menghuraikannya! Kami sudah melakukan perubahan kepada sistem dalaman yang tidak berjalan dengan lancar dan sudah menarik balik langkah tersebut. Twitter sudah boleh memuat naik catatan seperti biasa. Kami meminta maaf atas isu berkenaan!," menurut Twitter. 

Ini merupakan gangguan kali kedua terdapat dalam beberapa bulan. 

Pada Julai, para pengguna Twitter mengalami gangguan selama tiga jam, dengan syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu menyatakan terdapat masalah pada sistem dalamannya yang menjejas ramai pengguna di merata dunia. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan