Twitter mungkin hentikan lebih ramai kakitangan dalam bulan mendatang: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Olivier Douliery/AFP)
SAN FRANCISCO: Hartawan Elon Musk memberitahu bakal pelabur dalam perjanjiannya untuk membeli Twitter bahawa beliau merancang untuk menghentikan hampir 75 peratus daripada 7,500 kakitangan syarikat media sosial itu.
Demikian dilaporkan Washington Post pada Khamis (20 Okt) memetik temu bual dan dokumen-dokumen.
Menurut laporan itu, pemberhentian kerja dijangkakan dalam beberapa bulan akan datang, siapapun pemilik syarikat berkenaan.
Pihak pengurusan Twitter yang ada sekarang merancang untuk mengurangkan kos pembayaran gaji syarikat sebanyak sekitar AS$800 juta (S$1.1 bilion) menjelang akhir tahun depan.
Ini bermakna, 25 peratus tenaga kerja terpaksa dihentikan, menurut laporan itu lagi.
Kakitangan sumber manusia di syarikat media sosial itu memaklumkan kakitangan mereka tidak merancang untuk melakukan pemberhentian kerja besar-besaran.
Namun, dokumen-dokumen menunjukkan rancangan terperinci untuk memberhentikan kakitangan dan mengurangkan kos infrastruktur sudah dilakarkan sebelum Encik Musk menawarkan untuk membeli syarikat tersebut, lapor Washington Post.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.