Twitter mula padam akaun tidak aktif
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Samuel Corum/AFP)
WASHINGTON: Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin (8 Mei).
"Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan jumlah pengikut," kata Elon Musk, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.
Kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.
Dasar akaun tidak aktif Twitter menyatakan bahawa pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadam.
Keputusan Encik Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion (S$58 bilion) pada Oktober lalu.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.