Twitter mula padam 1.5 bilion akaun tidak aktif tidak lama lagi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/ Glenn Chapman
ISTANBUL: Twitter akan memadam 1.5 bilion akaun berstatus tidak aktif tidak lama lagi.
Demikian diumumkan pemilik baru dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media sosial tersebut, Elon Musk, pada Jumaat (9 Dis).
"Twitter tidak lama lagi akan mula memadamkan 1.5 bilion akaun. Ini merupakan pemadaman akaun yang jelas tiada aktiviti memuat naik sebarang ciapan di Twitter dan tanpa log masuk selama bertahun-tahun," kata Encik Musk dalam catatan di akaunnya, lapor Agensi Anadolu (AA).
Langkah demikian berikutan pengesahan Encik Musk pada 9 November lalu, yang mana beliau menyatakan bahawa beliau akan memadamkan akaun-akaun yang tidak aktif sejak 15 tahun lalu.
Beliau turut bersetuju dengan sebuah hantaran yang dimuat naik pada Oktober lalu, yang mencadangkan agar sebuah akaun dipadamkan sekiranya ia tidak aktif selama lebih setahun.
Sebelum ini, Encik Musk mengumumkan pada 30 November lalu bahawa Twitter sudahpun mula memadamkan akaun 'spam' atau penipuan.
Ia merupakan isu yang dibangkitkannya dengan tegas sebelum membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (S$5.4 bilion) pada hujung Oktober lalu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.