Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TV3 M'sia mohon maaf lapor Kamala Harris anak pendatang tanpa izin

 Ibu bapanya, Dr Shyamala Gopalan dari India dan Dr Donald Harris dari Jamaica aktif dalam pergerakan hak asasi manusia. Mereka bertemu di Universiti California, Berkeley.

Anggaran Waktu Membaca:
TV3 M'sia mohon maaf lapor Kamala Harris anak pendatang tanpa izin

Kamala Harris, wanita pertama bakal naib presiden Amerika Syarikat (Gambar: AFP/Eric Baradat)

Diterbitkan : 09 Nov 2020 11:39PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 12:23AM

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen swasta paling lama Malaysia, TV3, memohon maaf kerana tersilap menyebut bakal Naib Presiden Amerika Syarikat sebagai anak pendatang tanpa izin dalam rancangan "Buletin 130" pada Ahad (8 Nov).

"Kami memohon maaf atas kekhilafan dan sebarang kesulitan yang berlaku kepada bakal Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris," menurut saluran itu dalam program yang sama pada Isnin.

Kenyataan TV3 pada Ahad mendapat reaksi negatif di platform media sosial, Twitter, sehingga ada yang menyifatkannya sebagai "berita palsu".

Pengguna Twitter @MohanAgilekrish berkata saluran berita itu menerbitkan berita palsu dan menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka serta "pembetulan dilakukan".

Seorang lagi, @KUL2TPA, menyifatkannya bukan satu kesilapan tetapi contoh "terang-terangan politik berbelah bagi".

"Pecat seluruh pasukan penerbitan dan penyampai kerana tidak menyuarakan perkara itu. Mereka mempunyai hak untuk menolak setiap yang "karut" tetapi mengabaikannya," tambah pengguna Twitter itu.

Pengguna @myindupooja berkata: "Biar betul @BulentinTV3! Ibunya bukan pendatang haram ke Amerika. Beliau ke Amerika untuk mendapatkan Ijazah Sarjana dan menjadi saintis penyelidik. Kesalahan itu nampak buruk bagi pasukan berita anda dan Malaysia. Tiba masanya untuk memecat pasukan ini dan mendapatkan mereka yang berkelayakan."

"Wahai @BuletinTV3 bukan saja Naib Presiden @KamalaHarris Naib Presiden wanita pertama tetapi juga wanita bukan kulit putih pertama dipilih bagi jawatan kedua tertinggi di negara paling berkuasa di dunia. Dan anda menghina ibunya pada saat pencapaian paling dibanggakannya," kata Senator Kongres India Malaysia (MIC) S. Vellpaari.

Cik Harris dilahirkan pada 1964. Ibu bapanya, Dr Shyamala Gopalan dari India dan Dr Donald Harris dari Jamaica aktif dalam pergerakan hak asasi manusia. Mereka bertemu di Universiti California, Berkeley.

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan