Skip to main content

Dunia

Turunkan harga rumah, tidak ada pembangunan khusus warga asing, tegas Lim Guan Eng

Kerajaan Malaysia mungkin menimbang semula pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bahan binaan dan perkhidmatan jika pemaju gagal mengurangkan harga rumah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Turunkan harga rumah, tidak ada pembangunan khusus warga asing, tegas Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng (tengah) (Gambar: Melissa Goh/Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 05:01PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 05:16PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mungkin menimbang semula pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bahan binaan dan perkhidmatan jika pemaju gagal mengurangkan harga rumah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan sudah mengambil langkah positif dengan memberikan pengecualian dan kini menunggu para penggiat hartanah untuk mengurangkan harga rumah.

"Kami mahu melihat harga diturunkan. Saya tidak berminat untuk melihat pakej tambahan, ini tidak bermakna," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Tahunan Pemaju Perumahan Siri CEO Institut Rehda 2018 di Kuala Lumpur pada Isnin (24 Sep).

Dianjurkan oleh Institut Rehda, acara sehari itu menyaksikan peserta membincangkan idea-idea baharu untuk merangsang dan membangunkan semula ekonomi Malaysia, dengan pemimpin pelbagai industri memberi pandangan kepada kerajaan sebelum Belanjawan 2019 akan datang, selain mengkaji penyelesaian baru dalam menangani isu hartanah tidak terjual.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Soam Heng Choon berkata persatuan itu mengakui bahawa pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) dan pengecualian SST terhadap bahan binaan dan perkhidmatan menyediakan enam peratus penjimatan langsung kepada pengguna.

Beliau berkata Rehda kini menjalankan kajian mengenai kemungkinan mengurangkan harga rumah, dengan laporan itu dijangka dibentangkan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Encik Lim berkata kerajaan menilai struktur bayaran levi bagi lanjutan permit pekerja asing sementara bagi pekerja yang berpengalaman bekerja lebih 10 tahun di negara ini untuk mengurangkan beban pekerja.

Beliau berkata menerusi struktur baharu, majikan hanya akan membayar 20 peratus daripada levi tahunan sebanyak RM10,000 (S$3,297) untuk memperbaharui permit manakala selebihnya akan ditanggung oleh pekerja.

Sebelum ini, Encik Lim berkata majikan perlu membayar jumlah penuh, sambil menambah bahawa langkah itu adalah untuk menggalak majikan mengekalkan pekerja yang sudah memiliki pengalaman 10 tahun yang sudah dianggap sebagai pekerja mahir.

"Tidak berbaloi untuk menghantar pulang pekerja terlatih dan mengupah pekerja asing yang tidak berpengalaman," katanya.

Sementara itu Encik Lim berkata kerajaan menentang pembangunan hartanah perbandaran semata-mata untuk warga asing.

"Kerajaan tidak akan menerima pembangunan hartanah atau perbandaran semata-mata untuk warga asing," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita