Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki tidak benarkan NATO kerjasama dengan Israel, tegas Erdogan

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat (12) berkata mustahil bagi NATO untuk meneruskan kerjasama dengan pentadbiran Israel.

"Selagi keamanan yang menyeluruh dan mampan tidak ditubuhkan di Palestin, usaha kerjasama antara Israel dengan NATO tidak akan dibenarkan oleh Turki," kata Encik Erdogan di sidang media ketika Sidang Puncak NATO.

Turki juga meneruskan usaha diplomatiknya untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine, tambahnya.

Encik Erdogan berkata, beliau sudah mengarahkan Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, supaya berjumpa Presiden Syria Bashar al-Assad, untuk mula memulihkan hubungan dengan negara tersebut.
Mengenai penjualan jet F-16 kepada Turki, Encik Erdogan berkata: "Saya sudah bercakap dengan Encik Biden. Beliau berkata masalah itu akan diselesaikan dalam tiga hingga empat minggu," tambahnya.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan