Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki sertai Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di ICJ

Anggaran Waktu Membaca:
Turki sertai Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di ICJ

(Gambar: Facebook/Republic of Türkiye Ministry of Foreign Affairs)

ISTANBUL: Menteri Luar Turki Hakan Fidan pada Rabu (1 Mei) bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Selepas teks undang-undang kami selesai, kami akan mengemukakan pengisytiharan pelibatan kami kepada ICJ dengan tujuan melaksanakan keputusan politik ini," kata Encik Fidan dalam sidang media bersama Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, di Ankara.

"Turki akan terus membantu rakyat Palestin dalam apa jua keadaan," tambahnya.

Pada Januari, ICJ mengarahkan Israel supaya mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh terjatuh di bawah Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai, dan memastikan askarnya tidak melakukan sebarang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, selepas Afrika Selatan mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Januari berkata bahawa negara itu sedang menyediakan dokumen bagi kes di ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia.

Israel dan sekutu Baratnya menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas. Keputusan muktamad dalam kes ICJ Afrika Selatan di The Hague boleh mengambil beberapa tahun.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan