Turki sangkal dakwaan tidak berasas mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Adem Altan)
ANKARA: Türki pada Rabu (26 Apr) menolak "dakwaan tidak berasas" mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Kami menolak dakwaan tidak berasas berkenaan kesihatan Presiden @RTErdogan. Presiden akan menghadiri pembukaan loji tenaga nuklear pada Khamis melalui persidangan video," menurut Agensi Anadolu, memetik Twitter Pengarah Komunikasi negara itu Fahrettin Altun.
"Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa rakyat Turki berdiri bersama pemimpin mereka dan @RTErdogan dan Parti AK (Keadilan dan Pembangunan) beliau bersedia untuk memenangi pilihan raya 14 Mei," tambah Encik Altun.
Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata dakwaan yang dikongsi di beberapa akaun media sosial bahawa Presiden Erdogan "mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital" tidak benar.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.