Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki, Rusia, Ukraine & PBB bersidang bagi rundingkan eksport bijirin

Perwakilan tentera Rusia, Ukraine dan Turki bertemu dengan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Istanbul pada Rabu (13 Jul), lapor CNN Turki. 

Anggaran Waktu Membaca:
Turki, Rusia, Ukraine & PBB bersidang bagi rundingkan eksport bijirin

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2022 09:26PM Dikemas Kini : 13 Jul 2022 09:26PM

ISTANBUL: Perwakilan tentera Rusia, Ukraine dan Turki bertemu dengan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Istanbul pada Rabu (13 Jul), lapor CNN Turki. 

Mereka memulakan perbincangan mengenai menyambung semula eskport bijirin Ukraine dari Pelabuhan Odesa di Laut Hitam sedang krisis makanan dunia bertambah teruk.

Turki sudahpun bekerjasama dengan PBB untuk mengaturkan sebuah perjanjian selepas pencerobohan Rusia di Ukraine pada 24 Februari lalu menyebabkan harga naik melambung bagi bijirin, minyak masak, bahan api serta baja. 

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar mengumumkan perbincangan terkini itu pada Selasa (12 Jul). 

"Kami sememangnya sedang bekerja keras, namun masih jauh perjalanannya," Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberitahu para wartawan pada Selasa. 

Ukraine dan Rusia adalah pembekal utama gandum di dunia. Rusia juga pengeksport baja terbesar di dunia manakala Ukraine adalah antara pengeluar utama jagung serta minyak bunga matahari. 

Para diplomat berkata butiran tentang rancangan yang dibincangkan termasuk kapal-kapal Ukraine  membimbing kapal bijirin keluar masuk melalui perairan pelabuhan yang dilombong, Rusia bersetuju dengan gencatan senjata sementara penghantaran bergerak dan Turki - yang disokong PBB - memeriksa kapal-kapal untuk meredakan kebimbangan Rusia berhubung penyeludupan senjata. 

Agensi berita Interfax menukil Pyotr Ilyichev, ketua jabatan pertubuhan antarabangsa di Kementerian Luar Rusia sebagai berkata Rusia sudah bersedia untuk memudahkan navigasi kapal-kapal komersil asing untuk mengeksport bijirin Ukraine. 

Beliau menambah Rusia mahu mengawal dan memeriksa kapal-kapal bagi mencegah "penyeludupan senjata". 

Agensi berita RIA memetik satu lagi sumber diplomatik sebagai berkata bahawa tuntutan Rusia termasuk memansuhkan "halangan kepada eksport" yang diwujudkan oleh sekatan Barat. 

Rusia terus mengeksport bijirin sejak perang tercetus tetapi terdapat kekurangan kapal besar kerana ramai pemilik berasa takut untuk menghantarnya ke rantau itu. Kos penghantaran dan insurans juga sudah meningkat dengan mendadak. 

Pencerobohan dan sekatan laut Rusia di Ukraine menghambat ekport, lantas mengakibatan puluhan kapal terkandas serta lebih 20 juta tan bijirin terkandas di Odesa. 

Para petani dari kedua-dua negara itu kini sedang menuai tanaman gandum 2022. 

Tempoh antara Julai hingga November lazimnya merupakan tempoh paling sibuk untuk pedagang menghantar hasil tanaman baru dari kedua-dua negara. 

Hasil tuaian yang akan datang juga berisiko kerana Ukraine kini kekurangan ruang simpanan disebabkan oleh penghentian eksport.

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa