Skip to main content

Dunia

Turki pecat lebih 2,700 kakitangan awam atas tuduhan ada kaitan dengan pengganas

Pihak berkuasa Turki memecat lebih 2,700 kakitangan awam kerana hubungan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan pengganas.

Anggaran Waktu Membaca:
Turki pecat lebih 2,700 kakitangan awam atas tuduhan ada kaitan dengan pengganas

Pesiden Turki Recep Tayyip Erdogan. (Gambar: YASIN BULBUL/TURKISH PRESIDENTIAL PRESS SERVICE/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2017 08:07PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 08:09PM

ANKARA: Pihak berkuasa Turki memecat lebih 2,700 kakitangan awam kerana hubungan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan pengganas.

Seramai 2,756 kakitangan awam termasuk askar-askar, guru dan pegawai pemerintah dipecat.

Pemecatan besar-besaran itu adalah yang terkini sejak satu percubaan merampas kuasa tahun lalu.

Berikutan percubaaan itu, perintah Turki mengisytiharkan keadaan darurat yang sejauh ini, diperbaharui sebanyak lima kali dengan yang terbaru pada Oktober lalu.

Ini membawa jumlah kakitangan awam yang sudahpun dipecat atau digantung jawatan mereka kepada lebih 150,000 orang.

Selain itu, 50,000 orang juga sudahpun ditangkap pihak berkuasa Turki sejak Julai lalu.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyalahkan pemimpin agama yang hidup dalam buangan di Amerika, Fethullah Gulen mengaturkan rampasan kuasa tahun lalu. 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita