Turki mungkin berpisah dengan EU, kata Erdogan
Anggaran Waktu Membaca:

Persiden Recep Tayyip Erdogan. (Gambar fail: AP)
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu (17 Sep) berkata bahawa Turki mungkin "berpisah dengan Kesatuan Eropah (EU)" dan Ankara dijangka menamatkan bidaan untuk menyertai blok Eropah itu, lapor Xinhua.
"Kesatuan Eropah cuba untuk berpisah daripada Turki," kata Encik Erdogan kepada para wartawan di Istanbul sebelum berlepas ke New York untuk menghadiri mesyuarat tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Encik Erdogan, Turki akan membuat penilaian sendiri mengenai laporan baru-baru ini yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah, yang menyaksikan EU mengkritik Ankara kerana gagal mencapai kemajuan dalam beberapa aspek untuk mengembalikan semula rundingan mengenai keahliannya.
"Selepas penilaian itu, kami mungkin berpisah dengan EU jika perlu," tegas Erdogan.
Selama lebih dua dekad, Turki telah berusaha untuk menjadi ahli blok 27 negara itu, namun proses penyertaan menunjukkan kemajuan yang terhad disebabkan pelbagai jurang wujud antara Ankara dan Brussels.
Sejak 2018, proses rundingan penyertaannya telah dibekukan.
Mengenai permohonan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Encik Erdogan berkata keputusannya selari dengan keputusan yang dibuat oleh Parlimen Turki.
"Barat sentiasa menyebut Sweden, Sweden. Kami pula mengatakan bahawa tidak mungkin untuk berkata sama ada 'ya' atau 'tidak' melainkan parlimen kami membuat keputusan," katanya.
Encik Erdogan mendakwa Stockholm gagal menangani kebimbangan berkaitan keselamatan Turki, sehubungan itu beliau mahu negara Nordik itu memainkan peranannya.
"Tidak cukup dengan sekadar merangka undang-undang. Apa yang penting ia harus dilaksanakan," kata pemimpin Turki itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.