Turki lancar laluan kereta api bawah tanah paling laju di Istanbul
Laluan kereta api bawah tanah yang menghubungkan lapangan terbang Istanbul dengan pusat bandar itu yang juga merupakan yang paling laju di Turki dirasmikan pada Ahad (22 Jan).
(Gambar: China Media Group)
ISTANBUL: Laluan kereta api bawah tanah yang menghubungkan lapangan terbang Istanbul dengan pusat bandar itu yang juga merupakan yang paling laju di Turki dirasmikan pada Ahad (22 Jan).
Kereta api bawah tanah itu menggunakan kereta api buatan China dan buat kali pertama dipandu automatik berkelajuan 120 kilometer buatan negara itu digunakan di luar China.
Kereta api itu terdiri daripada empat gerabak dan mampu membawa 1,100 penumpang pada tahap maksimum.
Pandu automatik membolehkannya menyesuaikan dengan pelbagai senario operasi manakala teknologi operasi sambung semula memberi kelonggaran untuk menambah unit gerabak, disesuaikan dengan jumlah penumpang pada masa yang berbeza.
Selain itu, sistem tarikan kawalan rangka yang terbaru membolehkan kereta api itu bergerak dengan stabil di samping memberikan keselesaan kepada penumpang.
Laluan kereta api bawah tanah sepanjang 34 kilometer itu dilengkapi sembilan stesen di tiga daerah Istanbul. Jumlah pengguna dijangka akan mencecah seramai 800,000 penumpang sehari.
Menteri Pengangkutan Turki, Adil Karaismailoglu sebelum ini berkata bahawa laluan itu dijangka akan menjimatkan sebanyak AS$3.01 juta (S$3.9 juta) untuk negaranya pada tiga dekad akan datang.
Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan kos penyenggaraan, mengurangkan pencemaran udara sekali gus memendekkan masa perjalanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.