Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki lancar 2 buku sorot sejarah Haghia Sophia sempena ulang tahun kedua masjid

Lembaga Pengarah Perhubungan Turki pada Sabtu (23 Jul) melancarkan dua buku mengenai Masjid Hagia Sophia Istanbul, sehari sebelum ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu.

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Lembaga Pengarah Perhubungan Turki pada Sabtu (23 Jul) melancarkan dua buku mengenai Masjid Hagia Sophia Istanbul, sehari sebelum ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu.

Buku-buku berkenaan memuatkan kaedah seni bina masjid dan reaksi warga Turki terhadap pertukaran status masjid berkenaan, menurut kenyataan lembaga pengarah tersebut.

“Hagia Sophia kembali menjadi masjid...impian yang menjadi kenyataan, bukan sahaja untuk Turki bahkan buat semua umat Islam di seluruh dunia,” tulis Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di lembaran mukadimah buku itu.

Beliau berkata dengan ciri-ciri sejarah, agama dan budaya yang ada di masjid tersebut, ia melambangkan tindakan terbaik dalam menepis Islamofobia yang semakin meningkat khususnya di Eropah serta jenayah kebencian terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Lembaga pengarah tersebut mengeluarkan dokumentari khas mengisahkan sembilan masjid berbeza di bandar Anatolia, yang dinamakan Hagia Sophia, pada Ahad (24 Jul).

Pada 10 Julai 2020, mahkamah Turki membatalkan dekri Kabinet 1934 - yang mengubah status Hagia Sophia kepada muzium, mengembalikan peranannya sebagai masjid selepas 86 tahun.

Kemudian pada 24 Julai 2020, monumen itu muncul kembali seperti zaman kegemilangannya.

Hagia Sophia dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.

Namun, dari tahun 1453 hingga 1934 iaitu hampir 500 tahun, ia berperanan sebagai sebuah masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO.

Ia adalah antara destinasi pelancongan utama di Turki serta dibuka untuk pelancong dalam negeri dan asing.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan