Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki isytihar kawal pergerakan sepenuhnya bagi bendung penularan COVID-19

Turki pada Isnin (26 Apr) mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya dalam usahanya untuk membendung kenaikan kes COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Turki isytihar kawal pergerakan sepenuhnya bagi bendung penularan COVID-19

Presiden Turki Tayyip Erdogan. (Gambar: Pavel Golovkin/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 06:36PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 06:37PM

ANKARA: Turki pada Isnin (26 Apr) mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya dalam usahanya untuk membendung kenaikan kes COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Sekatan itu akan bermula dari 29 April hingga 17 Mei, bertujuan untuk mengurangkan kes harian sehingga ke paras bawah 5,000, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di sidang media selepas mesyuarat kabinet.

Perjalanan antara bandar perlu mendapat kebenaran, pengangkutan awam antara bandar akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus, manakala persekolahan secara bertemu muka akan dihentikan, katanya.

Tetapi sektor pengilangan dan makanan dikecualikan, tambah Erdogan.

Turki melaporkan 37,312 kes baru COVID-19 termasuk 2,716 pesakit bergejala, menjadikan jumlah kes positif di negara itu mencapai 4,667,281, menurut kementerian kesihatannya.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, angka korban akibat koronavirus di Turki meningkat 353 orang dengan jumlah keseluruhan 38,711, sementara jumlah pemulihan naik kepada 4,121,671 dan 48,027 kes pulih.

Turki memulakan program vaksinasi besar-besaran terhadap COVID-19 pada 14 Jan setelah pihak berkuasa meluluskan kegunaan vaksin CoronaVac dari China.

Sehingga kini, lebih 13,334,000 orang sudah divaksin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan