Turki hentikan hubungan dagang dengan Israel
Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Turki menghentikan semua kegiatan eksport dan eksport dengan Israel mulai Khamis (2 Mei), merujuk kepada "malapetaka kemanusiaan semakin teruk" di wilayah Palestin.
"Transaksi eksport dan import melibatkan semua produk Israel sudah dihentikan," kata Kementerian Perdagangan Turki dalam satu kenyataan.
"Turki akan menguatkuasakan langkah baharu ini dengan ketat sehingga pemerintah Israel membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza."
Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai AS$6.8 bilion (S$9.2 bilion) pada 2023.
Bulan lalu, Turki mengenakan sekatan perdagangan ke atas Israel, selepas Tel Aviv melarang Ankara terlibat dalam operasi mengirim bantuan ke Gaza menerusi udara serta serangannya ke atas wilayah itu.
Pada Khamis, Menteri Luar Israel berkata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melanggar perjanjian dengan menghalang akses barangan import dan eksport Israel ke pelabuhan Turki.
"Beginilah cara seorang diktator bertindak, ia tidak menghiraukan kepentingan rakyat Turki dan peniaga, dan tidak mengendahkan perjanjian perdagangan antarabangsa," tulis Encik Israel Katz, di platform media sosial X.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan Kementerian Luar Israel untuk mencari alternatif lain bagi perdagangan bersama Turki, dengan tumpuan pada pengeluaran tempatan dan import dari negara-negara lain.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.