Turki hantar askar ke sempadan Syria sedang AS bersedia runding pengunduran
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengerahkan lebih ramai askar ke sempadan Syria pada Isnin (24 Dis) menjelang pengunduran Amerika Syarikat. Tindakan ini lantas menimbulkan ancaman terhadap tentera awam militia Kurdi di kawasan itu.
Konvoi kenderaan tentera Turki bergerak ke sempadan Syria (Gambar: AFP)
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengerahkan lebih ramai askar ke sempadan Syria pada Isnin (24 Dis) menjelang pengunduran Amerika Syarikat. Tindakan ini lantas menimbulkan ancaman tentera awam militia Kurdi di kawasan itu sedang sebuah delegasi Amerika Syarikat bersiap sedia untuk merundingkan langkah-langkah berundur.
Keputusan Presiden Amerika Syarikat untuk menarik balik 2,000 askarnya dari utara Syria menghampakan banyak sekutu Washington. Para pengkritik berkata, Turki akan cuba mamanfaatkan peperangannya menentang pasukan Kurdi di Syria yang disokong Amerika Syarikat.
Sebuah konvoi tentera Turki tiba pada Isnin malam di sempadan Syria, dengan media tempatan melaporkan beberapa kenderaan sudah memasuki Syria.
Jurucakap Presiden Erdogan, Ibrahm Kalin memberitahu para wartawan pada Isnin bahawa sebuah delegasi tentera Amerika Syarikat akan tiba minggu ini untuk "membincangkan bagaimana untuk menyelaraskan (pengunduran) dengan rakan sejawatan mereka".
Menurut Encik Kalin lagi, sebuah delegasi kementerian luar Turki juga akan ke Washington untuk membincangkan pengunduran itu pada 8 Januari.
Dalam satu perbualan telefon pada Ahad antara Encik Trump dengan Encik Erdogan yang disifatkan kedua-dua pihak sebagai "produktif", mereka bersetuju untuk mengelakkan lompang kuasa di Syria selepas Amerika Syarikat menarik diri.
PERJUANGAN 'TIDAK AKAN DIPERLAHANKAN'
Berbeza beberapa sekutu Amerika Syarikat yang lain, Turki memuji keputusan Encik Trump untuk menarik balik 2,000 askarnya dari Syria.
Pihak-pihak yang mengkritik keputusan Encik Turmp bimbang ribuan anggota pengganas ISIS dipercayai masih berada di Syria, meskipun Encik Trump mendakwa sudah menewaskan ISIS.
Pemimpin Amerika Syarikat itu menulis di Twitter bahawa Encik Erdogan memberitahunya bahawa Ankara akan "menghapuskan" sisa-sisa anasir ISIS.
Encik Kalin pula berikrar "tidak wujud persoalan tentang langkah ke belakang, kelemahan atau pengurangan dalam perjuangan menentang Daesh".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.