Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki catat 78,000 kes baru; jumlah harian tertinggi sejauh ini

Anggaran Waktu Membaca:
Turki catat 78,000 kes baru; jumlah harian tertinggi sejauh ini

2 orang kelihatan berjalan di Istanbul, Turki dengan memakai pelitup muka pada 1 Apr 2020 (Gambar: Ozan KOSE/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 09:52AM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 09:53AM

ISTANBUL: Turki melaporkan 77,722 kes baru COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu, jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik itu mula melanda negara tersebut.

Menteri Kesihatan Turki bagaimanapun berkata bahawa varian Omicron akan mengurangkan kemudaratan pandemik tersebut disebabkan oleh kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah.

Kadar kemasukan ke hospital meningkat 10 peratus pada bulan lalu meskipun jumlah kes harian melonjak tiga kali ganda, menurut Menteri Kesihatan Fahrettin Koca selepas mengadakan mesyuarat dengan majlis penasihat sains yang mentakrifkan semula ujian dan syarat-syarat pengasingan diri.

"Kita menyaksikan lebih banyak kemasukan ke hospital dengan jumlah kes yang lebih rendah berbanding tempoh pandemik sebelum ini. Ia kelihatan seolah-olah varian Omicron akan mengurangkan bahaya pandemik," kata beliau.

Pada lewat Disember lalu, jumlah kes harian mencecah sekitar 20,000 kes.

Sebanyak 145 kematian berhubung kait dengan koronavirus dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang sama, menurut
data kementerian tersebut pada Rabu (12 Jan).

Angka korban tidak meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini meskipun bilangan kes harian melonjak.

Koca juga mengatakan bahawa individu yang berada berdekatan dengan seseorang yang terjangkit tidak diwajibkan untuk menjalani ujian PCR dan tidak lagi dikehendaki mengasingkan diri.

Beliau menambah bahawa individu yang menunjukkan gejala COVID-19 akan diberikan kit ujian PCR mulai sekarang dan sesiapa saja yang disahkan positif boleh menamatkan tempoh pengasingan diri selepas tujuh hari tanpa perlu mengambil satu lagi ujian.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan