Turki berharap perjanjian bijirin Ukraine akan dilanjutkan lagi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Ozan Kose)
GENEVA: Turki menaruh harapan perjanjian eksport bijirin antara Kyiv dan Mosko menjadi kunci menangani krisis makanan sejagat, yang diharap boleh dilanjutkan selama 120 hari lagi. Ini meskipun masa amat suntuk.
Perjanjian sedia ada akan berakhir sejurus sebelum tengah malam pada Sabtu (18 Mac) waktu Istanbul.
"Tarikh akhir semakin dekat," kata Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar pada Jumaat (17 Mac).
"Kami sedang berhubungan dengan Ukraine dan Rusia untuk melanjutkan perjanjian di bawah syarat-syarat asal."
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine secara besar-besaran pada Februari tahun lalu, menyaksikan pelabuhan-pelabuhan Laut Hitam di Ukraine disekat oleh kapal-kapal perang.
Satu perjanjian yang Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi orang tengah pada Julai 2022 - yang dimeterai oleh Kyiv dan Mosko -membolehkan eksport bijirin-bijirin penting melalui pelabuhan-pelabuhan itu dengan selamat.
Perjanjian awal dilanjutkan dari November hingga 18 Mac tahun ini dan ia secara teori seharusnya dilanjutkan selama 120 hari lagi setelah ia berakhir pada 11.59 malam waktu Istanbul pada Sabtu.
Sungguhpun demikian, pada Isnin (13 Mac), setelah mengadakan mesyuarat dengan para pegawai kanan PBB di Geneva, Mosko mengusulkan saranan untuk melanjutkan perjanjian tersebut selama hanya 60 hari.
Kyiv dengan pantas menyuarakan rasa tidak senangnya dengan jelas sambil menarik perhatian bahawa saranan tersebut bercanggah dengan tempoh yang diperuntukkan dalam perjanjian asal. Ini meskipun para pegawai Ukraine berhati-hati untuk tidak menolak bulat-bulat saranan tersebut.
Setakat sehingga Jumaat lalu, tiada seorang pun yang boleh mengesahkan apa yang akan berlaku apabila tarikh akhir tamat kelak.
"Kami sangat berharap inisiatif tersebut akan diteruskan dan kapal-kapal akan dapat melalui pelabuhan-pelabuhan di Laut Hitam," ujar Stephane Dujarric, jurucakap bagi Ketua PBB Antonio Guterres.

Sumber : AFP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.