Turki bawa keluar lebih 1,830 dari Sudan, hampir 250 rakyat negara lain
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
ANKARA: Turki memindahkan sejumlah 1,834 orang dari Sudan yang dilanda konflik, dengan 249 daripadanya merupakan rakyat 19 negara berbeza, kata Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu pada Jumaat (28 Apr).
"Kami sedang berhubung dengan setiap rakyat kami yang ingin kembali," lapor Agensi Anadolu memetik Encik Cavusoglu.
Menurut sumber diplomatik Turki, Encik Cavusoglu juga sudah menghubungi komander pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Kilat (RSF) Sudan, Mohammed Hamdan Dagalu, dan membincangkan mengenai pemindahan warga Turkiye.
Pada Khamis, Turki mengerahkan lima pesawat pengangkut tentera, termasuk dua pesawat A400M, untuk memindahkan baki warganya dari Sudan.
Awal hari Jumaat, Kementerian Pertahanan Turki mengumumkan pesawat C-130, yang dalam penerbangan ke Pangkalan Udara Wadi Seidna untuk pemindahan, terkena tembakan dari senjata ringan.
Mengenai usaha untuk menamatkan konflik di Sudan, Encik Cavusoglu berkata: "Timbalan menteri kami (Burak Akcapar) akan ke Sudan minggu depan sebagai pengantara."
Gencatan senjata yang berkuat kuasa tengah malam Selasa adalah percubaan terbaru untuk menghentikan pertempuran di Sudan yang meletus pada 15 April.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.