Turki bangunkan lima laluan alternatif pintas Hormuz: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah peta yang menunjukkan Selat Hormuz. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)
ANKARA: Turki merangka lima laluan alternatif untuk bekalan minyak dan gas memintas Selat Hormuz sekiranya krisis berpanjangan di Timur Tengah, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik media Turki pada Jumaat (3 Apr).
Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata pada Khamis, rejim baharu untuk Selat Hormuz akan menetapkan peraturan bagi laluan kapal tentera dan komersial, sambil menambah bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan tarif.
Sehubungan itu, Turki merangka lima laluan sebagai alternatif melibatkan gabungan koridor darat dan laut, lapor akhbar Turki.
Laluan berkenaan melalui Iraq dan Syria, koridor Suez-Laut Merah dan terdapat juga pilihan melibatkan Oman, menurut laporan itu.
Laluan yang lebih panjang di sekitar Afrika juga dipertimbangkan, tambahnya.
Kepelbagaian laluan penghantaran berkenaan bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, lapor akhbar itu.
Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera Amerika di Timur Tengah, termasuk di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Ketegangan di sekitar Iran membawa kepada sekatan de facto Selat Hormuz, laluan utama untuk penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global, melonjakkan harga tenaga.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.