Turki akhirnya luluskan permohonan Sweden sertai NATO
Selepas tertunda selama 20 bulan, Turki akhirnya memberikan lampu hijau kepada Sweden untuk menjadi anggota ke-32 pakatan pertahanan barat, NATO.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Getty Images)
ISTANBUL: Selepas tertunda selama 20 bulan, Turki akhirnya memberikan lampu hijau kepada Sweden untuk menjadi anggota ke-32 pakatan pertahanan barat, NATO.
Seramai 287 anggota parlimen Turki menyokong permohonan Sweden itu.
Sweden dan Finland memohon untuk menyertai NATO pada awal 2022, menyusuli pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Turki mengejutkan beberapa anggota pakatan pertahanan Barat itu selepas membantah permohonan tersebut.
Menurut Ankara, kedua-dua negara itu melindungi kumpulan-kumpulan yang dianggap Turki sebagai pengganas.
Pada April tahun lalu, Turki hanya meluluskan permohonan Finland untuk menyertai NATO.
Sweden sebaliknya digesa supaya mengukuhkan pendiriannya terhadap anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang disifatkan oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat sebagai kumpulan pengganas.
Sweden kemudian memperkenalkan rang undang-undang anti pengganasan baharu yang mengharamkan keahlian di dalam mana-mana pertubuhan pengganas.
Di samping itu, Sweden, Finland, Kanada dan Belanda turut mengambil langkah untuk melonggarkan dasar eksport senjata ke Turki.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan turut mengaitkan pengesahan permohonan Sweden itu dengan pembekalan jet-jet pejuang F-16 Amerika Syarikat ke Turki - yang turut disokong Rumah Putih.
Dengan keputusan parlimen Turki untuk mengesahkan permohonan Sweden, Presiden Erdogan dijangka menandatangani undang-undang tersebut dalam masa beberapa hari.
Kini, Sweden hanya perlu menunggu kelulusan Hungary sebelum dapat menjadi anggota NATO sepenuhnya.
Perdana Menteri Hungary Viktor Orban sudahpun mengundang para pemimpin Sweden bagi rundingan tentang hal tersebut.
Ketua NATO Jens Stoltenberg menggesa Hungary agar mengikuti jejak langkah Turki dengan secepat mungkin.
Beliau menambah, ia akan menjadikan NATO lebih selamat dan kukuh.

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.