Skip to main content

Dunia

Turki akan lakukan pembaharuan ekonomi, atasi kadar faedah, nilai tukaran dan inflasi

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata demikian hari ini (26 Dis) sambil menambah bahawa Ankara bertekad untuk membangunkan sistem berdasarkan penghasilan dan pekerjaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Turki akan lakukan pembaharuan ekonomi, atasi kadar faedah, nilai tukaran dan inflasi

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Dec 2020 08:49PM Dikemas Kini : 26 Dec 2020 08:50PM

ANKARA: Turki akan melaksanakan pembaharuan ekonomi berstruktur untuk mengatasi apa yang disebut sebagai "segi tiga masalah" - melibatkan kadar faedah, inflasi dan tukaran mata wang asing.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata demikian hari ini (26 Dis) sambil menambah bahawa Ankara bertekad untuk membangunkan sistem berdasarkan penghasilan dan pekerjaan.

Encik Erdogan menjanjikan beberapa perubahan undang-undang dan ekonomi bulan lalu.

Pengumuman beliau itu meningkatkan jangkaan terhadap kemungkinan ahli politik termasuk dari golongan Kurdi serta juga pejuang hak asasi manusia dibebaskan dari penjara.

Namun, kenyataan terbaru Encik Erdogan terhadap keputusan mahkamah dan kritikan ditujukan kepada pemerintah beliau mencetuskan keraguan berhubung ikrar beliau.

Berucap melalui satu persidangan video di Ankara, Encik Erdogan berkata Turki menjalankan pembaharuan demokrasi bukan kerana "terpaksa" tetapi kerana "rakyat yang berhak mendapatkannya" sambil menambah usaha untuk membentangkannya kepada parlimen berjalan dengan lancar. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita