Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki akan buka pintu sempadan Yayladagi untuk pelarian Syria, kata Erdogan

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin (9 Dis) berjanji akan membuka semula kawasan sempadan di bahagian selatan Turki dengan Syria untuk memudahkan para pelarian dari Syria melarikan diri ke sana selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad, lapor Arab News.

Anggaran Waktu Membaca:
Turki akan buka pintu sempadan Yayladagi untuk pelarian Syria, kata Erdogan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Dec 2024 10:12AM Dikemas Kini : 10 Dec 2024 10:18AM
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin (9 Dis) berjanji akan membuka semula kawasan sempadan di bahagian selatan Turki dengan Syria untuk memudahkan para pelarian dari Syria melarikan diri ke sana selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad, lapor Arab News.

“Untuk memudahkan pergerakan di sempadan, kami membuka pintu sempadan Yayladagi,” kata Encik Erdogan, sambil merujuk kepada lintasan di pinggir barat sempadan yang telah ditutup sejak 2013.

Turki, yang mempunyai sempadan yang panjang dengan Syria, menempatkan hampir tiga juta pelarian yang melarikan diri dari tanah air mereka selepas bermulanya perang saudara Syria pada 2011.

Sementara itu, beratus-ratus pelarian menyeberangi sempadan selepas kejatuhan pemerintah pimpinan Presiden Assad untuk pulang ke tanah air mereka.

Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam operasi yang menggulingkan Assad, Turki telah menyatakan sokongan terhadap langkah itu dan berharap penyingkiran Assad akan membolehkan para pelarian pulang ke tanah air mereka.

“Perubahan besar sedang berlaku di Syria yang diharap akan memberi manfaat kepada semua rakyat Syria, terutama sekali para pelarian," kata Encik Erdogan

"Apabila Syria mencapai kestabilan, semakin ramai pelarian akan pulang ke kampung halaman mereka selepas 13 tahun menanti-nantikan detik bersejarah ini,” kata Encik Erdogan selanjutnya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan