Tuntutan baru waris Kesultanan Sulu langgar peraturan, kata Wan Junaidi
Anggaran Waktu Membaca:

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat pada 25 Okt 2021 (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Percubaan terkini oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Malaysia di Belanda disifatkan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan dan melanggar perundangan, lapor Astro Awani.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Jaafar berkata, tindakan tersebut bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL).
“Kerajaan melalui Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia telah membincangkan perkara ini dan mempunyai langkah-langkah strategik yang akan dilaksanakan," kata Encik Wan Junaidi.
"Namun, perkara tersebut tidak dapat saya dedahkan di sini,” katanya ketika menjawab soalan Azizah Mohd Dun (Bersatu - Beaufort) ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis (6 Okt), menurut Astro Awani.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, waris Kesultanan Sulu sudah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah 'Final Award' di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik Petronas.
Sementara itu, Encik Wan Junaidi menjelaskan pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan 'Final Award' oleh penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat Malaysia di negara itu.
Beliau berkata justeru itu, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sentiasa berusaha dan akan mencabar segala proses perundangan yang perlu dihadapi.
Sementara itu mengulas mengenai peranan rakyat Sabah untuk memahami isu sebenar serta mengutuk tindakan penuntut, Wan Junaidi menegaskan, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara adalah peranan bersama.
“Dalam erti kata lain, rakyat Sabah juga berperanan untuk menapis dan menghalang penyebaran berita tidak tepat mengenai isu tuntutan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta memastikan fokus diberikan terhadap maklumat sah daripada sumber kerajaan," kata Encik Wan Junaidi, seperti dinukil Astro Awani.
“Kerajaan mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat umum untuk sentiasa mempertahankan kepentingan negara walaupun melalui media sosial,” tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.