Tunku Mahkota Johor naik teksi pulang ke Istana
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikenali sebagai seseorang yang bersikap merendah diri.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikenali sebagai seseorang yang bersikap merendah diri.
Baru-baru ini, beliau menarik perhatian pengguna ruang siber apabila berkongsi video di laman Instagram rasminya yang menunjukkan beliau pulang ke Istana dengan menaiki sebuah teksi.
Menurut laporan Astro Awani, Tunku Ismail sebelum itu menyertai Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) bagi memberikan sumbangan bantuan kepada para gelandangan di sekitar Johor Bahru bersama isteri beliau, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
"Alhamdulillah, selesai memberi bantuan berupa ubat-ubatan dan makanan kepada ‘homeless’. Saya dalam perjalanan pulang dengan menaiki teksi bersama Uncle Raj," katanya.
Dalam video tersebut, Tunku Ismail sempat mengusik isterinya sebagai 'GPS Manusia' kerana membantu pemandu teksi tersebut menunjuk jalan, lapor Astro Awani.
Ramai yang memuji sifat Tunku Ismail yang rajin turun padang untuk memberi bantuan kepada rakyat.
Malah, ada juga yang memuji beliau kerana tidak perlu iringan pengawal peribadi untuk ke mana-mana.
"Hahaha sempoi TMJ. Lebih sempoi kalau tengku berjalan mana-mana tak payah ada pengawal keselamatan," tulis Vkamarul.nil seperti yang ditukil Astro Awani.
"Saya bangga menjadi rakyat Johor," tulis zara_nas.
"Alhamdullillah Tuanku, harap tuanku dan che puan selamat sampai di istana. Seronok sekali-sekala naik teksi kan tuanku," tulis tmj_geng.
"Alhamdullillah Tuanku dan Che Puan, sentiasa bantu sesama manusia. Syok naik Teksi Tuanku. Tak ada protokol sangat tapi jangan buat selalu, nanti ada yang memerhati," tulis johorsupporterswakeup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.