Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunku Ismail gesa isu kesesakan di CIQ Johor diselesaikan

Anggaran Waktu Membaca:
Tunku Ismail gesa isu kesesakan di CIQ Johor diselesaikan

(Gambar: Facebook/HRH Crown Prince of Johor)

ISKANDAR PUTERI: Isu kesesakan yang kerap dilaporkan berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), perlu diselesaikan tanpa kompromi, kata Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Menurut beliau isu berkenaan penting kerana Tambak Johor di pusat bandar Johor Bahru, manakala Link Kedua Malaysia-Singapura di Gelang Patah merupakan aset penting kepada pembangunan ekonomi negeri.

"Terdapat inisiatif naik taraf yang dibuat di CIQ BSI dan KSAB, namun masih terdapat banyak kekurangan yang memerlukan perhatian serius. Saya ingin melihat isu-isu ini diselesaikan tanpa kompromi," ujar Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata demikian ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail Iskandar Puteri pada Khamis (9 Mei).

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim susulan pelaksanaan projek ekonomi berimpak tinggi iaitu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Johor.

Tunku Ismail menambah pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan akan meningkatkan lagi potensi perkembangan ekonomi negeri tersebut dalam usaha menjadi negeri maju menjelang 2030.

"Pelaksanaan JS-SEZ dan juga SFZ ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan Johor dan Singapura pada masa depan, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri dan kesejahteraan penduduknya.

"Sehubungan itu, penjawat awam di negeri ini diminta untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam memastikan semua projek yang dirancang berjalan dengan lancar dan mengikut jadual ditetapkan," kata beliau.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan