Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja; Sultan Ibrahim berehat dari tugasan diraja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Isnin (16 Jun) melantik anak sulungnya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari yang sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja; Sultan Ibrahim berehat dari tugasan diraja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Tunku Ismail di perasmian mesyuarat kedua bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Johor pada 16 Jun 2022. (Gambar: Pejabat Menteri Besar Johor)

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Isnin (16 Jun) melantik anak sulungnya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari yang sama.

Sultan Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri, hari ini.

"Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja. Saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini," titahnya.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila beliau dilantik pada 10 Ogos 2019.

Seminggu lalu, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengumumkan beliau berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi catatan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan