Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk-tunjuk perasaan hujung minggu di Thailand sudah bermula

Tunjuk perasaan itu dijangka akan beralih ke padang bersejarah, Sanam Luang, di hadapan istana diraja. Mereka merancang untuk bermalam di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk-tunjuk perasaan hujung minggu di Thailand sudah bermula

Para penunjuk anti-kerajaan Thailand. (Gambar: AFP/Mladen Antonov)

Diterbitkan : 19 Sep 2020 06:32PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 06:36PM

BANGKOK: Para penunjuk perasaan melakukan bantahan di jalan raya di Bangkok hari ini (19 Sep) sedang sebuah rapat umum yang dijangka disertai puluhan ribu orang bermula.

Ia bertujuan menggesa Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha meletak jawatan dan menuntut reformasi bagi sistem beraja.

Thailand menyaksikan perhimpunan diterajui kumpulan belia setiap hari sejak pertengahan Julai untuk menggesa Encik Prayut meletak jawatan dan pentadbiran beliau dirombah sepenuhnya.

Encik Prayut adalah seorang bekas ketua tentera yang bertanggungjawab bagi rampasan kuasa pada 2014.

Ada juga yang menuntut reformasi ke atas sistem beraja negara itu yang kaya dan berkuasa - sesuatu topik larangan sebelum ini disebabkan undang-undang fitnah diraja.

Gerakan itu, yang sebahagiannya mendapat inspirasi dari tunjuk-tunjuk perasaan di Hong Kong, kekal tanpa pemimpin.

Namun, tunjuk perasaan hujung minggu ini dianjurkan para pelajar Universiti Thammasat Bangkok - antara kumpulan yang paling lantang menentang peranan keluarga diraja Thailand.

Ratusan orang berkumpul di luar bangunan universiti itu menuntut untuk memasuki bangunan berkenaan.

Mereka memekik: "Hentikan pemerintahan diktator, hidup demokrasi!" dan "Prayut undur diri!"

Tunjuk perasaan itu dijangka akan beralih ke padang bersejarah, Sanam Luang, di hadapan istana diraja. Mereka merancang untuk bermalam di sana. 

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan