Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk-tunjuk perasaan di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta bantah penjualan komik burukkan amah Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk-tunjuk perasaan di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta bantah penjualan komik burukkan amah Indonesia

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 26 Jun 2023 11:10PM Dikemas Kini : 26 Jun 2023 11:42PM
JAKARTA: Sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun di luar kedutaan Malaysia pada Isnin (26 Jun) untuk membantah penjualan dan percetakan sebuah buku komik, yang mana satu daripada halamannya memburukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Corong Rakyat, menuntut pihak berkuasa menghentikan percetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey itu.

Menurut berita tempatan, Boey, 45 tahun, ialah warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Polis Jakarta Selatan menghantar 47 anggota untuk memantau tunjuk-tunjuk perasan yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir kira-kira sejam kemudian.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan