Skip to main content

Dunia

Tunjuk perasaan tuntut tindakan terhadap Azam Baki berakhir tanpa insiden

Anggaran Waktu Membaca:
 Tunjuk perasaan tuntut tindakan terhadap Azam Baki berakhir tanpa insiden

(Gambar: Petikan dari video)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 07:29PM

KUALA LUMPUR: Satu tunjuk perasaan di Kuala Lumpur berakhir tanpa sebarang insiden.

Awal hari ini (22 Jan), lalu lintas di sebahagian besar Kuala Lumpur ditutup pihak berkuasa untuk menyekat perhimpunan menuntut tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Surunjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki dan memggesa beliau meletakkan jawatan.

Sekitar seribu pegawai penguat kuasa undang-undang dikerahkan.

Selain penutupan jalan, khidmat monorel dan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dihentikan buat sementara waktu.

Seramai 16 orang termasuk beberapa ahli politik Malaysia dilaporkan bakal disoal siasat berhubung perhimpunan tersebut.

Tular di media sosial dakwaan Azam memiliki kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Azam Baki dikaitkan dengan pembelian saham AS$240,000 (S$322,000), sekali gus mencabuli peraturan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita