Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan tuntut keadilan kematian George Floyd berterusan buat hari ke-12 di AS

Bantahan besar-besaran menentang keganasan polis berikutan kematian lelaki kulit hitam George Floyd berterusan di merata Amerika Syarikat buat 12 hari berturut-turut pada Sabtu (6 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan tuntut keadilan kematian George Floyd berterusan buat hari ke-12 di AS

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Jun 2020 08:47PM Dikemas Kini : 07 Jun 2020 08:52PM

WASHINGTON: Bantahan besar-besaran menentang keganasan polis berikutan kematian lelaki kulit hitam George Floyd berterusan di merata Amerika Syarikat buat 12 hari berturut-turut pada Sabtu (6 Jun).

Orang ramai mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Portland, San Diego, Phoenix dan Seattle bagi menuntut keadilan bagi Floyd yang mati semasa ditahan seorang anggota polis kulit putih.

Di Washington, satu tunjuk perasaan diadakan di jalan raya yang dicat dengan slogan "Defund The Police," iaitu seruan bantahan supaya membataskan perbelanjaan untuk pasukan polis tempatan.

Secara umumnya bantahan besar-besaran semalam berjalan dengan aman.

Ia berbeza dengan keadaannya pada awal minggu apabila berlaku rusuhan dan penjarahan serta pertempuran dengan polis.

Perubahan itu mencerminkan azam ramai penunjuk perasaan untuk menghidupkan semula pergerakan hak sivil bagi menuntut pembaharuan terhadap sistem keadilan jenayah di Amerika Syarikat. 

Sumber : Reuters/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan