Tunjuk perasaan terhadap skandal rasuah di Filipina adalah wajar, kata Presiden Marcos
Presiden Filipina Ferdinand Marcos berkata pada Isnin (15 Sep) beliau tidak "sedikit pun" menyalahkan orang ramai kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di jalanan.
Penunjuk perasaan di Filipina memegang sepanduk semasa bantahan terhadap rasuah di Bandar Quezon, Metro Manila, Filipina pada 11 Sep 2025. (Gambar: Reuters/Lisa Marie David)
Ini sedang kemarahan memuncak berhubung skandal rasuah melibatkan projek kawalan banjir yang palsu.
Skandal infrastruktur itu mencetuskan siri tunjuk perasaan di ibu kota Manila sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk satu yang melibatkan lebih 3,000 mahasiswa di kampus Universiti Philippines.
Walaupun kebanyakan bantahan yang dijalankan sejauh ini adalah berskala kecil, bantahan tahunan sempena pengisytiharan undang-undang tentera darurat pada 1972 oleh bapa Marcos dijangka menarik jumlah peserta yang ramai pada Ahad ini (21 Sep).
Tentera Filipina diletakkan dalam keadaan "amaran tahap merah" sebagai langkah berjaga-jaga.
Di sidang media pada Isnin, di mana
beliau menamakan bekas hakim Mahkamah Agung ketua badan penyiasat, Encik Marcos berkata kemarahan orang ramai adalah wajar.
"Untuk menunjukkan bahawa anda berasa berang, untuk menunjukkan anda berasa marah, untuk menunjukkan anda kecewa, untuk menunjukkan anda mahu keadilan ... Apa salahnya?" kata Encik Marcos di satu sidang media.
"Saya tidak salahkan mereka. Tidak sedikit pun".
Beliau juga mengulangi ikrar bahawa teman-teman dan sekutu "tidak akan dikecualikan" apabila disoal mengenai saudaranya, Speaker Dewan Martin Romualdez, yang namanya dikemukakan oleh saksi pada perbicaraan skandal pada minggu lalu.
Romualdez yang menafikan sebarang pelibatan, merupakan salah seorang penggubal undang-undang yang disebut-sebut dalam skandal yang semakin meluas itu.
PERBICARAAN
Minggu lalu, pemilik sebuah syarikat binaan menuduh hampir 30 anggota Dewan dan pegawai Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya (DPWH) mengambil menerima wang sogokan.
Encik Marcos pada Isnin mengumumkan bahawa bekas hakim Mahkamah Agung Andres Reyes akan memimpin sebuah suruhanjaya seramai tiga anggota yang ditugaskan untuk meneliti projek kawalan banjir sepanjang 10 tahun lalu.
Walaupun badan itu mempunyai kuasa untuk menjalankan perbicaraan dan menyemak bukti, mereka tidak diberi kuasa untuk mengenakan hukuman secara unilateral.
Filipina mempunyai sejarah panjang skandal-skandal melibatkan dana awam, di mana ahli politik berpangkat tinggi yang didapati bersalah melakukan rasuah biasanya terlepas daripada hukuman penjara yang serius.
Jabatan Kewangan menganggarkan ekonomi Filipina kerugian hampir 118.5 bilion peso (S$2.6 juta) antara 2023 dengan 2025 disebabkan oleh rasuah dalam projek kawalan banjir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.