Skip to main content

Dunia

Tunjuk perasaan penduduk yang terjejas akibat proses penempatan semula di Pulau Rempang, Batam, berpunca daripada salah komunikasi: Presiden Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan penduduk yang terjejas akibat proses penempatan semula di Pulau Rempang, Batam, berpunca daripada salah komunikasi: Presiden Jokowi

(Gambar: Bernama/Polis Indonesia)

JAKARTA: Beberapa siri tunjuk perasaan oleh penduduk tempatan yang terjejas akibat proses penempatan semula di Pulau Rempang, Batam, Riau, berpunca daripada komunikasi yang tidak mencukupi antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Penduduk membantah tindakan Majlis Wilayah Zon Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam) sejak 7 September lalu, menolak pemasangan penanda sempadan tanah sebagai sebahagian daripada penempatan semula projek Rempang Eco City.

Presiden Jokowi berkata, isu itu boleh dielakkan sekiranya penduduk berdialog terutamanya memandangkan wujudnya perjanjian berhubung pampasan.

"Ia sememangnya satu kes komunikasi yang lemah," katanya, seperti yang dipetik oleh CNN Indonesia.

Presiden Jokowi juga mengarahkan Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia untuk melawat Batam bagi memberi penjelasan dan menangani perkara itu.

Menurut BP Batam, pembangunan projek Rempang Eco City termasuk dalam Program Strategik Nasional Indonesia tahun ini.

Pulau Rempang dijangka dibangunkan menjadi kawasan bersepadu untuk industri, perdagangan dan pelancongan dengan tujuan memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi wilayah Kepulauan Riau.

Projek seluas 17,000 hektar itu merangkumi seluruh Pulau Rempang dan Pulau Subang Mas akan dilaksanakan oleh PT Makmur Elok Graha.
Sumber : Bernama/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita