Skip to main content

Dunia

Tunjuk perasaan pelajar ‘di luar kawalan’, Ketua Polis Paris gesa demonstrasi aman

Gerakan tunjuk perasaan melibatkan golongan pelajar yang merebak di seluruh Perancis kini berada "di luar kawalan", kata ketua polis Paris pada Sabtu (3 Okt), sambil menggesa para penunjuk perasaan kembali mengadakan bantahan secara aman, selain memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap sebarang keganasan dan perbuatan merosakkan harta benda.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan pelajar ‘di luar kawalan’, Ketua Polis Paris gesa demonstrasi aman

Para pelajar sekolah menengah menyertai tunjuk perasaan di Toulouse, Perancis, pada 2 Oktober 2026, bagi menuntut keadaan pembelajaran yang lebih baik. (Gambar: REUTERS/Nacho Doce)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 08:35AM
Student protests ‘out of control’, Paris police chief urges peaceful demonstrations
  • The movement by secondary school students across France was seen as out of control after it turned violent, with riot police clashing with students on Friday.
  • Since Monday, about 5,000 people have been arrested, dozens have been injured, more than 600 police officers have been injured, teachers and members of the public have been attacked, and damage has reached tens of millions of euros.
  • Paris police chief Patrice Faure urged students to stop blockading schools and return to protesting peacefully, while asking parents to keep their children away from professional rioters.
  • Student unions are planning nationwide protests from Tuesday, as students protest overcrowded classes, a shortage of teachers, dilapidated buildings and insufficient investment in schools.
Dijana oleh AI
PARIS: Gerakan tunjuk perasaan melibatkan golongan pelajar yang merebak di seluruh Perancis kini berada "di luar kawalan", kata ketua polis Paris pada Sabtu (3 Okt), sambil menggesa para penunjuk perasaan kembali mengadakan bantahan secara aman, selain memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap sebarang keganasan dan perbuatan merosakkan harta benda.

Polis pencegah rusuhan bertempur dengan pelajar sekolah menengah di seluruh Perancis pada Jumaat, manakala kesatuan-kesatuan menggesa para guru untuk melancarkan mogok sedang pemerintah Presiden Emmanuel Macron berusaha membendung tunjuk perasaan yang semakin ganas berhubung keadaan bilik darjah dan pembiayaan.

Sejak Isnin, sekitar 5,000 orang, kebanyakannya remaja, diberkas di seluruh negara dan puluhan mengalami kecederaan.

Jurucakap polis negara Agathe Foucault memberitahu radio RTL pada Sabtu bahawa lebih 600 anggota polis turut cedera.

Guru dan orang awam turut diserang, manakala kerosakan harta benda dianggarkan mencecah kos puluhan juta euro.

Ketua Polis Paris Patrice Faure, dalam satu surat terbuka yang diterbitkan di X menjelang tunjuk perasaan baharu yang dirancang mulai Selasa, berkata pihak yang memulakan gerakan tersebut tidak lagi dapat mengawalnya. Beliau turut menggesa para pelajar menghentikan sekatan di sekolah dan kekacauan, sebaliknya memilih bentuk tunjuk perasaan yang aman.

"Sudah tiba masanya untuk kembali kepada bentuk tindakan yang aman," tulis Encik Faure, sambil berkata ibu bapa juga bertanggungjawab dalam menjauhkan anak-anak mereka daripada apa yang disifatkannya sebagai pengaruh "perusuh profesional" dan penyokong mereka.

Kesatuan-kesatuan pelajar menggesa tunjuk perasaan diadakan di seluruh negara pada Selasa. Para pegawai keselamatan bimbang tunjuk perasaan terancang, khususnya di tengah Paris, boleh mencetuskan lebih banyak keganasan di tengah-tengah kebimbangan bahawa kumpulan radikal berhaluan kiri jauh mungkin mengambil alih gerakan tersebut.

Para pelajar yang menyekat sekolah-sekolah menengah meluahkan kemarahan terhadap keadaan bilik darjah yang sesak, kekurangan guru yang kerap berlaku dan bangunan sekolah yang usang, yang menurut mereka berpunca daripada kekurangan pelaburan selama bertahun-tahun.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita