Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan muncul kembali di Thailand tuntut perubahan

Tunjuk perasaan antikerajaan Thailand berlaku lagi di ibu kota Bangkok hari ini (16 Ogos) selepas tiga aktivis pro-demokrasi ditangkap dalam masa dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan muncul kembali di Thailand tuntut perubahan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2020 09:10PM Dikemas Kini : 16 Aug 2020 09:13PM

BANGKOK: Tunjuk perasaan antikerajaan Thailand berlaku lagi di ibu kota Bangkok hari ini (16 Ogos) selepas tiga aktivis pro-demokrasi ditangkap dalam masa dua minggu lalu.

Mereka mendesak agar kerajaan Perdana Menteri Prayut Chan-ocha meletak jawatan, digubal perlembagaan negara yang baru dan melakukan perubahan terhadap sistem beraja negara itu.

Ramai anggota polis dikerah untuk mengawal keadaan.

Siri tunjuk perasaan antikerajaan ini diterajui para pelajar dan bermula sekitar sebulan lalu.

Mereka mendakwa kerajaan sekarang tidak mencerminkan demokrasi yang sebenarnya walaupun Encik Prayut kembali menyandang jawatan itu selepas partinya menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sebelum itu, Encik Prayut memimpin kerajaan setelah mengetuai rampasan kuasa tentera tahun 2014.

Satu lagi tuntutan utama mereka adalah pembaharuan terhadap sistem beraja Thai.

Menurut para penunjuk perasaan mereka bukan hendak menghapuskan institusi raja namun meminta pembaharuan menyeluruh kepada struktur kuasa di Thailand melibatkan raja, tentera dan politik. 

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan