Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan memuncak di Xinjiang; gesa tamatkan langkah ketat COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan memuncak di Xinjiang; gesa tamatkan langkah ketat COVID-19

(Gambar: AFP/Noel Celis)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 06:32PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 06:32PM
XINJIANG: Para penduduk wilayah Xinjiang di China mengadakan bantahan untuk menggesa pihak berkuasa supaya menamatkan langkah-langkah ketat bagi membendung COVID-19.

Dalam rakaman video yang disebarkan di media sosial China, para penduduk ibu kota Xinjiang, Urumqi kelihatan bertengkar dengan pegawai penguat kuasa.

Para penunjuk perasaan berteriak berulang-ulang supaya sekatan COVID-19 ditarik balik sambil menceroboh hadangan yang dipasang pihak berkuasa.

Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh rakaman-rakaman berkenaan.

Namun media tempatan melaporkan, bantahan itu berlaku pada malam semalam, menyusuli kebakaran apartmen di Xinjiang sehari sebelumnya, yang meragut nyawa 10 mangsa.

Media negara CCTV melaporkan kebakaran berpunca daripada penyambung soket elektrik.

CCTV juga melaporkan, bangunan berkenaan berada dalam pekarangan risiko rendah, iaitu sebuah kawasan tanpa kes COVID-19.

Lantaran itu, para penduduk dapat turun ke bawah untuk melarikan diri.
China melaporkan lebih 35 ribu kes baru COVID-19 sehingga semalam.

Ia merupakan rekod jangkitan harian buat tiga hari berturut-turut.

 
Sumber : Reuters/ZM/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa