Tunjuk perasaan mahasiswa Aceh terkait keputusan RUU Pilkada berakhir secara paksa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/CHAIDEER MAHYUDDIN)
BANDA ACEH: Tunjuk perasaan yang dijalankan para mahasiswa daripada pelbagai kampus yang mewakili Pakatan Pengawal Demokrasi Aceh Indonesia (API-Demokrasi), di pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA), Banda Aceh, berakhir pada malam Jumaat (23 Ogos) dalam keadaan huru-hara.
Ini selepas mereka menolak Rang Undang-Undang Pilihan Raya Kepala Daerah (RUU Pilkada).

BACA:
Keadaan mulai kecoh pada kira-kira pukul 8.30 malam (waktu Indonesia Barat), sehingga polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan.
Ketua Polis Banda Aceh, Pesuruhjaya Polis Fahmi Irwan Ramli ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pada mulanya, pihak keselamatan yakin untuk berunding bersama para mahasiswa, yang ingin kekal di pejabat DPR Aceh.
"Setakat ini, tiada kata sepakat, para mahasiswa ingin kekal di DPRA. Ini adalah kemudahan negara, ia adalah kewajipan kami untuk menjaganya," kata Encik Fahmi.
Tambahnya lagi, mahasiswa tersebut memaksa diri untuk memasuki bangunan DPRA.
Akhirnya, polis berjaya menghalau mereka keluar dari bangunan tersebut.
Menurutnya, para petugas sudah memberikan waktu kepada para mahasiswa untuk bersurai.
"Kami memberikan waktu 15 minit, dan kami memberikan peringatan sekali lagi pada 5 minit terakhir. Tepat pada pukul 9.00 malam (waktu Indonesia Barat), mereka masih belum bersurai. Kami perlu bertindak dengan keras." katanya.
Menurut laporan ANTARA, selepas gas pemedih mata dilepaskan, para mahasiswa melarikan diri, meskipun terdapat segelintir yang masih berada di luar bangunan DPRA.
Meskipun demikian, selepas waktu yang diberikan untuk bersurai, masih terdapat mereka yang enggan melakukan demikian.
Pihak polis akhirnya bertindak tegas dengan mengerahkan kakitangannya serta kenderaan meriam air.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.