Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan hari kedua di Melbourne bertambah teruk, polis tingkatkan keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
MELBOURNE: Kumpulan antiperang meneruskan tunjuk perasaan di luar pameran pertahanan di bandar kedua terbesar Australia di Melbourne, untuk hari kedua pada Khamis (12 Sep).

Pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan pada Rabu turut mencederakan beberapa pegawai.

Penunjuk perasaan berarak melalui beberapa jalan di bandar tersebut, sedang polis memasang penghadang baharu untuk menghalang mereka memasuki jalan raya berdekatan lokasi Ekspo Pertahanan Darat Antarabangsa Angkatan Darat dwitahunan.

Pegawai skuad rusuhan dan anggota khas dikerahkan dalam apa yang dikatakan polis sebagai operasi keselamatan terbesar di Melbourne sejak Forum Ekonomi Dunia pada 2000.
 
(Gambar: AFP/William WEST)
Beratus-ratus pegawai polis di bahagian lain negeri Victoria dihantar ke Melbourne.

Puluhan penunjuk perasaan ditangkap pada Rabu, dengan polis menggunakan pelbagai kaedah seperti bom tangan span untuk mengawal orang ramai daripada merusuh.

Sebahagian penunjuk perasaan membaling batu, najis kuda dan botol ke arah polis dan pasukan berkuda.
(Gambar: AFP/William WEST)
Kira-kira 1,500 orang menyertai bantahan di luar tempat pameran tersebut pada Rabu, dengan ramai yang melaungkan slogan pro-Palestin melalui pembesar suara dan mengibarkan bendera Palestin.

Tidak kurang juga peserta protes membawa sepanduk membantah peperangan atau konflik lain di seluruh dunia.

Seramai 22 orang didakwa dan 10 lagi diberikan notis pelanggaran, kata polis negeri Victoria.

27 pegawai polis memerlukan rawatan perubatan.
(Gambar: AFP/William West)
Penunjuk perasaan mendakwa polis menggunakan peluru getah dan senjata lain yang mereka kata harus dilarang kegunaanya ke atas mereka, termasuk penyembur lada.

Keganasan yang berlaku semasa tunjuk perasaan, itu diketuai kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai "Ganggu Pasukan Darat '('Disrupt Land Forces'), mendapat teguran keras daripada parti politik utama. Kumpulan minoriti sayap kiri, Greens pula menggesa siasatan bebas terhadap tindakan polis.

Kira-kira 1,000 pertubuhan dari 31 negara dijangka menyertai pameran itu

Menurut penganjurnya pameran tiga hari itu adalah ekspo pertahanan terbesar di Australia
dan tamat pada Jumaat.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan