Tunjuk perasaan di San Francisco bertukar ganas, lebih 60 ditahan
Anggaran Waktu Membaca:

Jambatan Golden Gate di San Francisco. (Foto hiasan: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)
WASHINGTON: Tunjuk perasaan terhadap pengusiran pendatang tanpa permit kediaman turut mencetuskan rusuhan di San Francisco.
Demikian menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 60 individu ditahan selepas tunjuk perasaan yang pada awalnya berlangsung secara aman di hadapan bangunan milik pihak berkuasa imigresen AS (ICE) bertukar tegang, menurut laporan stesen tempatan KGO, sekutu CNN.
Menurut laporan itu, ratusan orang berhimpun pada Ahad malam (8 Jun) untuk membantah serbuan dan pengusiran pendatang tanpa permit kediaman yang sah, yang sedang giat dijalankan di negeri California.
Keadaan menjadi tegang apabila sebahagian penunjuk perasaan bertindak merosakkan harta benda, melakukan serangan dan menyebabkan kerosakan lain, menurut polis seperti dilaporkan oleh stesen itu.
Bagi meleraikan perhimpunan, pihak berkuasa mengisytiharkan tunjuk perasaan itu sebagai “perhimpunan yang menyalahi undang-undang.”
Namun, masih ada yang enggan bersurai dan kemudian merosakkan bangunan serta sebuah kereta polis di kawasan jalan yang lain. Satu kumpulan lagi turut enggan meninggalkan lokasi, menyebabkan berlakunya lebih banyak tangkapan. Menurut laporan, dua anggota polis cedera dan pihak berkuasa turut merampas sepucuk senjata api.
Sementara itu di Los Angeles, kira-kira 550 kilometer di selatan, yang anggota Pengawal Kebangsaan kini turut dikerahkan bersama polis manakala pihak berkuasa mengenakan larangan berhimpun di pusat bandar ekoran keadaan yang semakin meruncing.
Polis juga mengumumkan yang 56 tangkapan dibuat di sekitar kawasan tunjuk perasaan sepanjang hujung minggu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.