Tunjuk perasaan di India: Puluhan diberkas, ketua suruhanjaya pilihan raya didesak letak jawatan
Polis India pada Sabtu (3 Okt) menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan muda di New Delhi pada hari kedua berturut-turut demonstrasi yang menuntut peletakan jawatan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung tuduhan penyelewengan daftar pemilih.
Polis India dilaporkan memberkas para penunjuk perasaan yang mendesak Kketua suruhanjaya pilihan raya India (ECI), Gyanesh Kumar, meletak jawatan. (Gambar: AFP/Arun Sankar)
- Indian police detained over 100 young protesters in New Delhi on Saturday, after a second day of demonstrations calling for India’s elections commission chief, Gyanesh Kumar, to resign.
- CJP, the Opposition and activists alleged that a review of the electoral roll removed millions of names and benefited Narendra Modi’s BJP, but the ECI rejected the allegations of wrongdoing.
- Security was tightened at Jantar Mantar, with police banning gatherings without permission, while Abhijeet Dipke and Yogendra Yadav condemned the action taken against the peaceful protest.
- Authorities were also reported to have restricted mobile internet, the issue of the Bitchat app surfaced, and the Opposition is planning marches and “Save Democracy” rallies, including on Oct 10.
- Polis India menahan lebih 100 penunjuk perasaan muda di New Delhi pada Sabtu, selepas demonstrasi hari kedua menuntut Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India, Gyanesh Kumar, meletak jawatan.
- CJP, parti pembangkang dan aktivis mendakwa semakan daftar pemilih menggugurkan jutaan nama serta menguntungkan BJP pimpinan Narendra Modi, tetapi ECI menolak dakwaan salah laku.
- Kawalan diperketat di Jantar Mantar, polis melarang perhimpunan tanpa kebenaran, sementara Abhijeet Dipke dan Yogendra Yadav mengecam tindakan terhadap bantahan aman.
- Pihak berkuasa turut dilaporkan menyekat internet mudah alih, isu aplikasi Bitchat timbul, dan pembangkang merancang perarakan serta perhimpunan “Selamatkan Demokrasi” termasuk pada 10 Oktober.
Tunjuk perasaan tersebut mendapat sokongan parti-parti pembangkang utama, termasuk Cockroach Janta Party (CJP) yang popular dan diterajui Generasi Z.
Menurut CJP, perubahan pada daftar pemilih memberi kelebihan kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.
Kawalan polis diperketat di sekitar Jantar Mantar, lokasi yang ditetapkan pemerintah bagi mengadakan tunjuk perasaan di tengah New Delhi, yang terus ditutup menerusi sekatan polis.
Laporan media tempatan menyatakan lebih 100 penunjuk perasaan yang menuntut Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI), Gyanesh Kumar, meletak jawatan ditahan.
"Polis Delhi mesti hentikan tindakan keras terhadap pelajar dan aktivis yang membantah," kata ketua CJP Abhijeet Dipke dalam satu catatan di media sosial.
"Setiap usaha untuk menyekat penunjuk perasaan yang aman hanya akan mendorong lebih ramai orang turun ke jalanan dan memperkuat perarakan ke Jantar Mantar," tambah Encik Dipke.
"Perbezaan pendapat merupakan satu hak demokratik. Ia tidak boleh disekat menerusi ugutan atau kekerasan."
Polis Delhi tidak mengulas berhubung laporan penahanan tersebut, namun memberi amaran bahawa "perhimpunan tanpa kebenaran", perarakan dan tunjuk perasaan dilarang di sekitar Jantar Mantar.
"Tiada kebenaran diberikan bagi sebarang tunjuk perasaan yang dijadualkan hari ini... dan Polis Daerah New Delhi juga tidak menerima sebarang pemberitahuan awal mengenai tunjuk perasaan sedemikian," menurut polis.
Aktivis antipemerintah Yogendra Yadav berkata: "Jika lokasi yang ditetapkan untuk tunjuk perasaan tidak dapat menampung perbezaan pendapat secara aman, di manakah ruangnya untuk membantah dalam sebuah demokrasi?"
'PERBEZAAN PENDAPAT SECARA AMAN'
Siasatan akhbar The Indian Express bulan lalu menyatakan berlakunya penyelewengan semasa semakan besar-besaran daftar pemilih, sekali gusmenyebabkan jutaan nama digugurkan daripada senarai tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya India menolak dakwaan berlakunya salah laku. Encik Kumar sendiri belum mengulas mengenainya.
Pada Jumaat, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan sekitar Jantar Mantar dan di Shivaji Park, Mumbai.
Tunjuk perasaan di Mumbai merupakan tunjuk perasaan besar pertama CJP – yang bermula pada Mei sebagai satu gerakan satira online – sejak Julai, apabila kempen mereka di seluruh negara membantu dalam menyingkirkan Menteri Pendidikan India.
Seperti pada Julai, pihak berkuasa India dilaporkan memutuskan perkhidmatan internet mudah alih di sekitar kawasan tunjuk perasaan pada Jumaat.
Pada Julai, para penunjuk perasaan menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengatasi sekatan internet tersebut.
Antaranya ialah Bitchat, sistem pesanan rakan-ke-rakan yang menggunakan Bluetooth untuk menghubungkan pengguna berdekatan dalam rangkaian sementara tanpa menggunakan internet.
Usahawan teknologi Amerika Syarikat Jack Dorsey, yang merupakan pengasas bersama Twitter, kini dikenali sebagai X, dan membangunkan Bitchat, berkata New Delhi mengarahkan aplikasi tersebut dikeluarkan daripada App Store Apple.
Dalam catatannya di X, Encik Dorsey menyertakan petikan skrin pemberitahuan daripada Apple yang menyatakan bahawa aplikasi tersebut "mengandungi kandungan yang menyalahi undang-undang di India".
New Delhi tidak memberikan komen segera berhubung keputusan tersebut.
Parti-parti pembangkang mengumumkan rancangan untuk mengadakan lebih banyak tunjuk perasaan, termasuk perarakan ke suruhanjaya pilihan raya di New Delhi pada Selasa, disusuli dengan perhimpunan "Selamatkan Demokrasi" di seluruh negara.
CJP menggesa "kerahan besar-besaran golongan muda India" di New Delhi pada 10 Oktober. Parti pembangkang lain dan para aktivis turut menyokong gesaan bagi tunjuk perasaan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.