Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan bantah sekatan COVID-19 cabaran besar bagi pemimpin China

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Tunjuk perasaan bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku China. 

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, penduduk akan menunjuk perasaan akibat pelbagai isu - daripada pencemaran toksik ke pemilikan tanah secara haram, ataupun penderaan anggota masyarakat oleh pihak polis. 

Namun, kali ini, ia berbeza. 

Terdapat satu isu yang membelenggu penduduk China, dan ramai semakin marah - mencetus tunjuk perasaan meluas terhadap sekatan sifar-COVID yang dilaksanakan pemerintah, lapor BBC.

Ia boleh disaksikan menerusi penduduk merosakkan kepungan yang diletakkan untuk menguatkuasakan penjarakan sosial, dan kini tunjuk perasaan besar-besaran di bandar dan kampus universiti di merata negara. 

Di China, amat berbahaya untuk seseorang mengecam setiausaha agung Parti Komunis di tempat awam. Anda berisiko disumbat ke penjara. 

Namun, penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya Shanghai di mana satu insiden kebakaran membunuh 10 penduduk, dan sekatan sifar-COVID dituduh menghambat usaha menyelamatkan mangsa.

Seorang penunjuk perasaan melaungkan: "Xi Jinping!"

Ratusan lagi menyambut dengan berteriak: "Letak jawatan!" 

Ini berlaku berulang kali. 

Mereka turut melaungkan: "Parti Komunis! Undur diri! Parti Komunis! Undur diri!"

Bagi pertubuhan politik yang keutamaannya adalah untuk kekal berkuasa, perkara ini adalah salah satu cabaran paling besar yang mereka boleh hadapi. 

Pemerintah seolah-olah memandang remeh perasaan tidak puas hati yang membara terhadap pendekatan sifar-COVID - dasar yang berkaitan dengan Encik Xi, yang berikrar pemerintah tidak akan menyeleweng daripada dasar tersebut. 

Malah, tiada jalan keluar yang mudah bagi Parti itu. 

Ia mempunyai masa tiga tahun untuk bersiap sedia untuk membuka semula negara. Namun, ia menyalurkan sebahagian besar sumber bagi ujian besar-besaran, perintah berkurung dan kemudahan pengasingan diri, dan tidak membina lebih banyak unit jagaan rapi (ICU) di hospital dan menekankan peri pentingnya vaksinasi. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan