Tunjuk perasaan bantah pengharaman pemakaian niqab di Denmark
Sekitar 1,300 penduduk berarak di jalan raya ibu kota Copenhagan dan membantah pengharaman ke atas pemakaian niqab.
COPENHAGEN: Sekitar 1,300 penduduk berarak di jalan raya ibu kota Copenhagan dan membantah pengharaman ke atas pemakaian niqab.
Menurut Parti Rakyat Denmark, pengharaman pemakaian niqab yang berkuat kuasa semalam (1 Ogos), bertujuan memerangi politik Islam tetapi pihak pembangkang melihatnya sebagai melanggar kebebasan warganya.
Selepas berarak dari kawasan Norrebro ke balai polis Bellahoj, para penunjuk perasaan membuat putaran sebelum kembali ke Norrebro dan bersurai secara aman.
Di bawah undang-undang Denmark yang baru, pihak polis boleh mengarahkan wanita yang berniqab agar membukanya atau meninggalkan tempat-tempat awam.
Mereka juga boleh didenda £120 (S$215) bagi kesalahan pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.