Skip to main content

Dunia

Tunjuk perasaan bagi bantah rang undang-undang ekstradisi Hong Kong diteruskan

Tunjuk perasaan menentang rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong, diteruskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan bagi bantah rang undang-undang ekstradisi Hong Kong diteruskan

Tunjuk perasaan menentang rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong, diteruskan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 05:46PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 05:49PM

HONG KONG: Tunjuk perasaan menentang rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong, diteruskan.

Hari ini beratus-ratus orang berkumpul di bangunan Jabatan Kehakiman dan ibu pejabat polis.

Kekecohan kecil berlaku apabila polis bertindak terhadap sekumpulan penunjuk perasaan yang cuba memecahkan kepungan polis.

Ketua Polis Hong Kong sudah memberi amaran tentang kesan buruk sekiranya tercetus lagi rusuhan.

Beliau juga mengutuk apa yang disebutnya "suasana permusuhan" yang menyulitkan tugas para pegawai polis.

Para penunjuk perasaan di Hong Kong meneruskan tindakan mereka dengan harapan masalah di wilayah khas China itu turut dibincangkan dalam Sidang Puncak G20 di Jepun minggu ini.

Bagaimanapun China menegaskan ia tidak akan membenarkan isu Hong Kong dibangkitkan dalam sidang puncak itu.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita