"Tunggu saya akan jawab," kata Presiden UMNO
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat (27 Jan) yang menggantung serta memecat beberapa ahli pemimpinnya.
Bagaimanapun, Encik Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Tunggu saya akan jawab. Saya akan jawab dalam satu majlis nanti,” katanya ketika ditanya wartawan selepas program Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka hari ini, lapor Astro Awani.
Program tersebut dirasmikan oleh Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada Jumaat, Mesyuarat MKT UMNO memutuskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dipecat daripada parti.
Selain Encik Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.