Tunggu laporan siasatan untuk nilai dakwaan terhadap Muhyiddin, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tidak seharusnya tergesa-gesa menyatakan siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat dikaitkan dengan menantunya semasa mentadbir kerajaan, bersifat jahat.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata Encik Muhyiddin tidak perlu menggembar-gemburkan perkara itu sekiranya dakwaan berkenaan tidak benar dan sebaliknya perlu menunggu laporan siasatan oleh pihak berkuasa.
Beliau bagaimanapun berkata perkara seperti itu perlu dijadikan peringatan kepada mana-mana menteri untuk tidak menggunakan kedudukan demi kepentingan peribadi.
"Tujuan kita (menjalankan siasatan) adalah hendak hentikan sesiapa saja (sama ada) Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau mana-mana menteri selepas ini, jangan anggap itu tempat untuk dia kayakan anak menantu dia. "
"Jahat tak jahat tunggu laporan...sejauh mana dia (Muhyiddin) terlibat saya tidak tahu dan siasatan sedang dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival MyFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu (11 Feb).
Encik Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Encik Muhyiddin yang menafikan beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.
Dalam satu kenyataan, mantan Perdana Menteri Malaysia itu yang merujuk laporan sebuah portal bertarikh 8 Februari, menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah yang sengaja direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.
Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan, tiada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad, sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.