AS tunda sidang puncak ASEAN gara-gara COVID-19
Amerika Syarikat menangguhkan sidang puncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Las Vegas bulan depan atas kebimbangan berhubung penularan virus COVID-19, menurut pegawai pentadbiran kanan pada Jumaat (28 Feb).

(Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Amerika Syarikat menangguhkan sidang puncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Las Vegas bulan depan atas kebimbangan berhubung penularan virus COVID-19, menurut pegawai pentadbiran kanan pada Jumaat (28 Feb).
"Sedang masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk menewaskan penularan virus COVID-19, Amerika Syarikat selepas berbincang dengan rakan-rakan ASEAN, membuat keputusan sukar untuk menangguhkan pertemuan pemimpin ASEAN," kata pegawai itu yang tidak dinamakan.
Para pemimpin negara-negara ASEAN dijangka dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 14 Mac depan.
Pegawai itu turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat "menghargai hubungan dengan negara-negara di rantau itu dan mengalu-alukan pertemuan pada masa hadapan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.