Skip to main content

Dunia

Tunang ahli bomba yang cedera dalam rusuhan kuil mohon orang ramai henti spekulasi

Tunang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di luar kuil Sri Maha Mariamman, meminta masyarakat agar menghentikan spekulasi mengenai keadaan tunangnya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunang ahli bomba yang cedera dalam rusuhan kuil mohon orang ramai henti spekulasi

Nurul Najihah dan Muhammad Adib Mohd Kassim dijadual bernikah pada bulan depan. (Gambar: Nurul Najihah/Facebook)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 08:19AM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 08:24AM

KUALA LUMPUR: Tunang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di luar kuil Sri Maha Mariamman, meminta masyarakat agar menghentikan spekulasi mengenai keadaan tunangnya itu.

Cik Nurul Najihah dalam catatan Facebooknya menyatakan, tunangnya, Encik Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, berada dalam keadaan selamat dan meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Tunang saya masih selamat. Tolong la hentikan (spekulasi) yang bukan-bukan. Doakan dia,” tulisnya.

Catatan itu mendapat perhatian ramai netizen yang kemudian mendoakan supaya mangsa segera pulih.

Dalam catatan sebelumnya, Cik Nurul Najihah turut memuat naik satu status. “Kamu kuat. Cepat bangun @Muhammad Adib. Doakan tunang saya... tak kuat tengok kamu macam tu,” luahnya.

Encik Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil dalam kejadian awal pagi semalam (27 Nov).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata Muhammad Adib yang belum sedarkan diri kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Menurut Cik Zuraida, mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang rusuk.

Encik Muhammad Adib yang berasal dari Kedah bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Sumber : Bernama/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita