Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tular video warga Indonesia makan sate daging ular; pelancong Islam dinasihat sentiasa waspada

Anggaran Waktu Membaca:
INDONESIA: Sejak pihak pemerintah membuka semula pintu sempadan negara, ramai dilihat melepaskan rindu untuk melancong sama ada di dalam mahupun luar negara.

Pun begitu, diingatkan kepada mereka yang beragama Islam supaya berhati-hati ketika memilih lokasi untuk berhenti makan ketika melancong di luar negara, lapor ohmymedia.

BERTUDUNG TETAPI JUAL SATE DAGING ULAR

Menerusi video tular di laman Twitter baru-baru ini, dilihat seorang peniaga wanita yang memakai tudung sedang menjual sate daging ular di Indonesia menarik perhatian warganet.

Wanita tersebut memotong daging ular sebelum dicucuk pada batang lidi untuk dihidangkan kepada pelanggannya, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Menurut pengguna @MALAYSIAMOSTVIRALL dalam ciapan tersebut, peniaga yang memakai tudung dan kopiah tidak membuktikan seseorang itu beragama Islam, terutamanya ketika melancong di negara jiran.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan terdapat seorang pengguna turut tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya sendiri semasa berada di negara berkenaan.

Menurut pengguna yang dikenali sebagai @orange_lemonade, beliau sudah meninggalkan pesanan kepada pelajar supaya tidak memakan bakso di warung kerana dipercayai menggunakan tikus sebagai bahan utama, lapor ohmymedia.

Akan tetapi, mereka enggan menerima tegurannya dan mengatakan bakso itu adalah sedap dan halal, lebih-lebih lagi ia dijual oleh peniaga beragama Islam.
 
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan