Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tular video tikus dalam pemanas makanan; restoran diarah tutup 2 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
Tular video tikus dalam pemanas makanan; restoran diarah tutup 2 minggu

(Gambar: @zoeyhanafiah/Twitter)

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur sudah diarahkan tutup selama dua minggu selepas tular video memaparkan tikus memakan ayam goreng dalam pemanas makanan.

Menerusi ciapan di Twitter yang dimuat naik oleh pengguna dengan nama akaun 'zoeyhanafiah', dia kelihatan sedang menjamu selera di kedai makan tersebut, lapor agensi berita Seismik.
Ketika sedang menjamah makanan, dia terlihat kelibat seekor tikus berlegar-legar di dalam pemanas makanan di kedai itu. Malah, tikus itu juga dilihat seperti sudah mengigit ayam goreng tersebut.

Menurut laporan agensi berita Seismik, perkara itu menjadi tanda tanya warga netizen mengenai kebersihan kedai itu. Hal tersebut kerana, ia boleh menyebabkan ramai pelanggan terkena penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya.

Video yang sudah ditonton lebih tujuh juta kali ini mendapat perhatian pihak berkuasa yang datang membuat pemeriksaan.

Enam notis kompaun juga dikeluarkan terhadap kedai makan terbabit kerana tahap kebersihannya tidak memuaskan.
Sumber : Agensi berita/AZ/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan